Planning for kids events?(birthday party/ sports day/mini graduation day/etc.)No idea what to give away? No clue how to make it extra fun? Well, we have something that might interest you. Scroll down/read through/click on. You may find some answer there. .
RSS

JUALAN PENGHABISAN STOK

PIHAK KAMI SEDANG MEMBUAT JUALAN PENGHABISAN STOK 10-50% DISKAUN BAGI BARANGAN TERPILIH SAH UNTUK SETIAP BELIAN RM10 KEATAS (tidak termasuk kos penghantaran).

1) Barangan party items (20-25%)-Utk belian rm10 keatas
2) Indoor games (10-50%) - u
tk belian rm10 keatas
3)OTHERS (10-20%)-utk belian rm10 keatas


Untuk sebarang pertanyaan boleh emel kami di kasafatha@gmail.com SAHAJA.

Untuk tempahan sila isi borang ORDER FORM di sebelah kanan anda

Come Join n Be Our Followers

Monday, July 19, 2010

Bahan Bacaan : Bacaan Bertema Pra-Sekolah




BACAAN BERTEMA PRA-SEKOLAH
oleh
 SURAYAH ZAIDON, RUSLEDA AWANG dan KARIMAH HARUN 
Pensyarah pra-sekolah di Institut Pendidikan Guru Malaysia. 
Selain melatih bakal guru prasekolah, mereka jug aterlibat dalam kajian, bengkel dan seminarberkaitan prasekolah/tadika

Bacaan Bertema Pra-Sekolah menyediakan bahan bacaan mengikut tema-tema yang dicadangkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Ianya disusun mengikut ayat-ayat mudah dan pendek, bagi memastikan pemahaman dan kebolehbacaan kanak-kanak mengikut tahap umur mereka. 

Pengulangan perkataan digunakan agar kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami struktur ayat secara tidak langsung. 

Illustrasi berwarna yang difokuskan kepada maksud ayat dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap pembacaan.

Semua ayat yang telah dibaca, dipapar pada mukasurat akhir untuk membolehkan kanak-kanak mengulang baca ayat-ayat tersebut sebagai ulangkaji.
Aktiviti yang disediakan dapat menguji pemahaman kanak-kanak tentang apa yang mereka baca. Beberapa cadangan aktiviti pengayaan disediakan diakhir buku untuk guru atau ibubapa laksanakan bersama kanak-kanak. Aktiviti yang bersifat “hands-on” member kanak-kanak peluang menjalankan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan (sebagai aktiviti berkumpulan di tadika) atau ahli keluarga.
Selain kanak-kanak tadika, bahan bacaaan ini juga sesuai untuk murid-murid yang berada di Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di Tahun Satu. Selain itu, ia boleh digunakan sebagai “Bedtime Stories” bagi memupuk minat membaca pada usia awal kanak-kanak.




SEPATAH KATA : 
oleh
PROF. DATIN DR. ROHATY MOHD MAJZUB 
(Professor Pendidikan Prasekolah Fakulti Pendidikan UKM)

Minat kanak-kanak untuk membaca perlu sentiasa dipupuk dan dirangsang. Tema-tema yang berkaitan dengan kehidupan alam kanak-kanak seharusnya digunakan untuk menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Pengalaman kanak-kanak mengenai tema-tema yang diplih boleh dijadikan asas kepada pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru mahupun ibubapa. BACAAN BERTEMA PRASEKOLAH amat bertepatan dengan keperluan kanak-kanak dan juga keperluan pembelajaran. Ia sesuai djadikan bahan bacaan utama atau sampingan untuk prasekolah dan juga sebagai bahan bacaan tambahan di rumah.
Selain dijadikan sumber bacaan bagi komponen Bahasa, kandungannya boleh digabungjalin dengan komponen-komponen pembelajaran yang lain seperti komponen kognitif, kreativiti, estetika dan sosioemosi.  Sehubungan itu, bagi para pendidik awal kanak-kanak dan ibubapa, BACAAN BERTEMA PRASEKOLAH adalah pilihan yang sesuai dan tepat untuk merangsang minat membaca kanak-kanak. Saya yakin BACAAN BERTEMA PRASEKOLAH akan member manfaat kanak-kanak, guru-guru prasekolah, ibubapa dan semua warga pendidik. 

HARGA SATU SET (15 TAJUK) : RM75
HARGA SEBUAH BUKU : RM5
(Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus menghubungi kami melalui emel : kasafatha@gmail.com)

0 comments:

Post a Comment