Planning for kids events?(birthday party/ sports day/mini graduation day/etc.)No idea what to give away? No clue how to make it extra fun? Well, we have something that might interest you. Scroll down/read through/click on. You may find some answer there. .
RSS

JUALAN PENGHABISAN STOK

PIHAK KAMI SEDANG MEMBUAT JUALAN PENGHABISAN STOK 10-50% DISKAUN BAGI BARANGAN TERPILIH SAH UNTUK SETIAP BELIAN RM10 KEATAS (tidak termasuk kos penghantaran).

1) Barangan party items (20-25%)-Utk belian rm10 keatas
2) Indoor games (10-50%) - u
tk belian rm10 keatas
3)OTHERS (10-20%)-utk belian rm10 keatas


Untuk sebarang pertanyaan boleh emel kami di kasafatha@gmail.com SAHAJA.

Untuk tempahan sila isi borang ORDER FORM di sebelah kanan anda

Come Join n Be Our Followers

Friday, July 16, 2010

Bahan Bacaan : Buku Siri Awal Tulis


KAEDAH BARU- Membina kemahiran menulis kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 6 tahun 
–  oleh Surayah Zaidon
SIRI AWAL TULIS PRASEKOLAH berfokus kpd pembentukan kemahiran menulis bagi kanak-kanak yang berusia antara 4-6 tahun. Konsep pembelajaran kanak-kanak dari mudah ke sukar adalah konsep yang mendasari penulisan siri buku ini. Siri ini bermula dengan menulis garisan-garisan asas yang membentuk abjad dan nombor. Ianya diikuti dengan menulis huruf besar dan huruf kecil.
Huruf besar diperkenalkan dahulu kerana formulasi huruf besar adalah lebih mudah berbanding dengan huruf kecil. Tulisan huruf tidak mengikut urutan seperti yang biasa dipelajari kerana penekanan buku AWAL TULIS adalah untuk membentuk kemahiran menulis. Oleh hal yang demikian, huruf diperkenalkan mengikut tahap kesukaran ianya ditulis.
Walaubagaimanapun, nombor tidak diperkenalkan melalui konsep yang sama untuk mengelakkan kekeliruan mengenai konsep bilangan. Adalah diharapkan selepas melalui latihan-latihan menulis garisan asas, huruf besar dan kecil, kanak-kanak bersedia untuk menulis nombor. Siri ini juga menyediakan beberapa latihan yang menarik bagi mengukuhkan kemahiran menulis yang dipelajari kanak-kanak.
 
SIRI AWAL TULIS
BUKU 1: GARISAN-GARISAN ASAS
(RM5.50)
SIRI AWAL TULIS
BUKU 2: MENULIS HURUF BESAR
(RM6.00)
  SIRI AWAL TULIS
BUKU 3: MENULIS HURUF KECIL
(RM6.00)
SIRI AWAL TULIS
BUKU 4: MENULIS NOMBOR
(RM5.00)
Harga satu set BUKU SIRI AWAL TULIS (Buku 1 - Buku 4)
RM22.50. 

(Untuk sebarang pertanyaan
atau tempahan boleh terus menghubungi kami melalui emel :
kasafatha@gmail.com)

0 comments:

Post a Comment